(foto:jahitan cover-stitch pada t-shirt) |
Cover-stitch juga dikenali sebagai jahitan t-shirt, atau telah di "malaysia"kan sebagai double-stitch. Mungkin kerana 2 jahitan lurus yang kelihatan pada bahagian luar menyebabkan ia lebih di kenali sebagai "double-stitch". Atau mungkin benar, nama ini wujud dan tidak berada di pengetahuan saya (yang telah agak lama meninggalkan arena menjahit tudung). Saya hanya mengetahui, nama ini diambil bersempena kekemasan jahitan pada bahagian dalam dan bukan pada bahagian luar.
Jahitan cover-stitch mempunyai 2 baris jahitan lurus pada bahagian luar dan jahitan menutup atau "cover-stitch" dari sebelah dalam. Jahitan cover stitch dari sebelah dalam ini kelihatan seperti "jahitan tepi" biasa (overlock) yang juga mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk memastikan hujung fabrik adalah kemas (tidak berbulu) dan tenunan fabrik tidak akan terlerai atau terbuka apabila dipakai dan di cuci untuk tempoh yang lama.
2 jahitan lurus pada bahagian luar |
Kebiasaannya, mesin cover-stitch mempunyai 2 jarum dan menggunakan 3 atau 4 benang - 2 benang untuk menghasilkan 2 jahitan lurus pada bahagian luar, dan benang yang selebihnya akan membentuk "cover-stitch" dari sebelah dalam , dengan memegang 2 jahitan lurus ini yang membentuk jahitan ala "zig-zag" dari bahagian dalam (overlock), agar hujung fabrik di tutup rapi dan tidak terlerai.
jahitan interlock (ala zigzag) pada bahagian dalam |
Apabila dilihat secara spontan mungkin ramai yang berfikir jahitan ini boleh dibuat hanya dengan menggunkan mesin jahit lurus 1 jarum dan mesin jahit tepi biasa. Sebelum membeli mesin ini, saya juga pernah mencubanya dan hasilnya adalah sangat tidak memuaskan. Anda boleh cuba membuat 2 jahitan lurus pada sekeping fabrik jersey/lycra/t-shirt yang sangat "memeri" dan anda akan mendapat jawapannya kenapa :)
Walau kelihatan sama, jahitan overlock "zig-zag" pada sebelah dalam untuk kedua mesin cover-stitch dan mesin jahit tepi biasa sebenarnya adalah tidak sama. Untuk jahitan tepi biasa, hujung kain tidak perlu dilipat, dan boleh dijahit pada mana-mana bahagian luar atau dalam fabrik. Untuk jahitan cover-stitch pula, hujung fabrik perlu dilipat dua dan jahitan dibuat pada bahagian luar fabrik.
Mesin jahit tepi biasa mempunyai fungsi "pisau memotong" yang akan memotong tepi kain secara terus ketika jahitan tepi di buat. Mesin cover-stitch pula, tidak mempunayi fungsi pisau pemotong kain, sebaliknya lebihan kain perlu di potong secara manual selepas jahitan dibuat. Bagi potongan fabrik yang lurus, fabrik agak mudah dilipat sempurna dan kebiasaannya tidak memerlukan potongan secara manual dibuat selepas selesai jahitan cover-stitch dibuat. Sebaliknya, bagi jahitan tudung yang mempunyai lekukan dan "curve"terutama pada bahagian hadapan dan bahu, lipatan selalunya akan di lebihkan, dan kemudian perlu dipotong kemas selepas jahitan cover-stitch selesai.
lebihan tepi kain (jika ada) perlu dipotong kemas selepas jahitan cover-stitch selesai |
jahitan cover-stitch pada tudung jersey: jahitan overlock pada bahagian dalam (atas) dan 2 jahitan lurus pada bahagian luar (bawah) |
Walau kelihatan mudah, menyiapkan hanya jahitan cover-stitch pada keliling tudung sebenarnya agak mengambil masa (dan memerlukan 4 "butir" benang yang sama warna), terutamanya jika menggunakan mesin mudah alih (portable). Tidak seperti menggunakan mesin cover-stitch industri yang lebih lasak, jahitan cover-stitch menggunakan mesin portable perlu lebih dilakukan dengan lebih berhati-hati dan adalah lebih mudah jika lipatan dijahit tangan atau dipin kan terlebih dahulu sebelum jahitan cover-stitch di buat pada keliling tudung.
No comments:
Post a Comment